Salam kepada pembaca semua, artikel ini ditulis kerana terkesan dengan peristiwa komentar Amy Cheong di laman FB, beliau mempersoalkan majlis perkahwinan orang melayu di kolong blok, ini membawa kepada tindak balas menyeluruh oleh warga melayu Singapura.
Dalam peristiwa tersebut, sebenarnya ada hikmah di sebaliknya, ini berkemungkinan ramai dikalangan masyarakat kita yang sudah tersasar dari matlamat awal pernikahan atau walimah itu sendiri, mungkin.....mungkin sahaja Allah menegur kita supaya kita menyemak kembali intipati majlis kita supaya kita mendapat keberkatan dari Ilahi....oleh itu..yok kita ingat kembali apa yang pernah kita ketahui sebelum ini....
Buat Jangan Tak Buat.
Syukur kepada ilahi dimana anda telah disatukan dengan pasangan yang anda idamkan selama ini, semoga ianya berkekalan hingga ke anak cucu dan seluruh zuriat yang seterusnya, maka janganlah lepaskan peluang dengan melaksanakan Sunnah baginda iaitu walimah untuk mengumumkan kepada semua ikatan yang suci ini, Ulama sepakat hukumnya bukan sunnah sahaja bahkan ia muakkad atau amalan yang dituntut Islam
Lantaran itu jagalah majlis walimah ini agar ia kekal hukumnya harus ( mengadakan keramaian ) kerana tidak mencampuri ia dengan program yang membawa kepada dosa, atau paparan yang boleh mendatangkan dosa…dalam erti kata yang lain “polluted”
Sebahagian ulama Syafi’iyah dan juga Hanabilah berpendapat hukum mengadakan majlis ini adalah wajib, berdasarkan hadith berikut :
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, direkodkan oleh Imam Muslim dan Imam al-Bukhari, Nabi SAW telah menyembelih seekor kambing ketika Baginda berkahwin dengan isterinya, Zainab binti Jahsy.
Direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW menyuruh ‘Abdul Rahman bin Auf mengadakan kenduri ketika perkahwinan beliau walaupun dengan seekor kambing. Sabda Baginda SAW: “Adakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.”
Ketika Ali memperisterikan puteri Rasulullah SAW, Fatimah, Baginda bersabda: “Bagi sesuatu perkahwinan itu ‘walimah’ (kenduri).”
Bila masa yang sesuai?
Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa sunat mengadakan majlis kenduri pada hari akad nikah diadakan. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah pula berpendapat, digalakkan selepas kedua mempelai di ijab kabulkan seperti ke-esokkan harinya.
Pendapat Imam al-Mardawi pula : Sunnah mengadakan majlis walimah dan waktunya adalah bebas sama ada bermula dari hari ijab kabul hingga berakhirnya hari-hari perkahwinan (mengikut adat masyarakat setempat).
Boleh ke tak datang?
Ulama berpendapat bahawa selagi majlis itu atau sebarang majlis yang lain tidak membawa kepada kemaksiatan serta tidak ditegah Nabi SAW adalah wajib.
Daripada Ibnu Umar, beliau mendengar Nabi SAW bersabda: “Penuhilah undangan jika kamu telah dipanggil.” (Riwayat al-Bukhari).
Dan jika kiranya tidak dapat hadir kemajlis tersebut disebabkan tugas, puasa QADA’ atau NAZAR ( kalau puasa sunnat boleh dibatalkan ) perkara yang lain atau jauh perjalanannya maka yang terbaik laksanakan “adat” melayu yang murni iaitu “kirim” .
Nafi’ telah menjelaskan, sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Umar akan memenuhi sesuatu undangan tidak kira walimatul urus atau yang lain dari itu walaupun dalam keadaan berpuasa. Dalam Fathul Bari juga dinyatakan beliau (Ibnu Umar) akan memenuhi undangan majlis walimah dalam keadaan berpuasa dengan hanya bertemu dan mengucapkan doa Nabi SAW kepada pasangan pengantin.
”Best”Nya kalau Allah berkati!!
Elakkan dari menganjurkan, menawarkan, mempromosikan perkara-perkara yang boleh mengundang dosa pada majlis tersebut, bayangkan kita menjemput 2000 tetamu, dan setiap satu berdosa kerana kita…kan tak “best”…kita nak berkat bukan dosa kan?
Apa yang perlu diambil berat ialah, cuba sedaya upaya agar mempelai menjaga adab seperti menutup aurat, menjaga dalam hal bersalaman dengan bukan mahram, menghindarkan dari menayangkan gambar bersama di majlis walimah ( ialah gambar tu di rakam sebelum nikah kan? )
Bukan itu sahaja…tetamu juga kena hormati majlis, jangan lah pula kita yang datang mencemari majlis yang diberkati Allah dan dibenci Syaitan LAKNATULLAH..
Kadangkala mempelai “pressure” kerana : “eh ramai apa buat ni buat tu..amik gambar dulu..bla bla bla” tapiiiii…perlu dan mestikah kita mengikutinya? Mana yang lebih utama?
”Abistu muzik camne plak?” Memainkan muzik asal sahaja tidak membawa kepada sebarang kemaksiatan tidak mengapa, jangan mencampurinya dengan perkara mungkar seperti tarian campur lelaki wanita, tarian dari khunsa atau khunsa musykil atau dalam bahasa sopannya PONDAN, Minta DJ memainkan muzik berkonsepkan nasihat ( tak semestinya nasyid…banyak lagu M.Nasir, Ramli Sarip dan ramai lagi berunsur demikian ) dan toloooooooonglah jangan FULL BLAST kesian jiran kita yang di atas atau bersebelahan, mungkin anak nak periksa, mungkin shift malam, mungkin sakit dan kesian jugak kepada tetamu…datang ok balik PEKAK…tetamu kadangkala terjumpa kenalan yang lama menghilang…tak dapat bersembang kerana muzik yang melampau lantangnya..
Bagi yang punya kumpulan motor atau kereta, insya-allah semua orang tahu anda berkenderaan, tak perlulah memerah sekuatnya..takut ada yang berdoa dan makbul…anda pula memandu dijalan raya kan??..sederhanalah dalam segala sesuatu…”abih bangsa lain, agama lain boleh!!”…
sebaaaaab
:
" perbuatan org bukan muslim bukan satu contoh atau hujah bagi muslim kerana tingkah laku muslim berdasarkan quran dan sunnah. selain itu, perkara yg tak elok hendaklah kita tinggalkan, tidak kira samada org lain (muslim atau bukan) buat atau tidak…nak sama jugak ke kita dengan mereka?"
( Credit to Ust Muhammad Haniff Hassan : Associate Research Fellow,Ph.D and M.Sc. in Strategic Studies at the S. Rajaratnam School of International Studies, early education in Aljunied Islamic School. Then continued tertiary education at the Faculty of Islamic Studies, National University of Malaysia, with honours in Syar`iah and Civil law. )Oh satu lagi....wahaaaaai bakal mempelai...berjimatlah...jangan hendak mengejar ke”RAJA”an sehari tetapi menyusahkan anda, keluarga, kadangkala adik beradik yang PINJAMKAN anda duit untuk majlis “Show Off” selepas itu…perkahwinan bukanlah sebuah “fairytale” tetapi ia adalah gerbang “reality of life”
Berkaaaaaaaat selamaaaaaaat!!
Masya-allah…beruntung mereka yang mendapat keberkatan di majlis walimah, mudah-mudahan majlis anda mendapat doa restu dari hadirin, malaikat, makhluk-makhluk malah keberkatan diredhai oleh ALLAH…marilah kita mendoakan bersama dan sebaik-baik doa diucapkan kepada pasangan yang berkahwin: “Semoga Allah memberkatimu serta menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)