
Saya nak buat pengakuan terbuka…ya saya SUKA berbelanja online!! kenapa eh? sebab saya telah melakukannya beberapa tahun lamanya, maklumlah saya ni kerja di pejabat, banyak meluangkan masa di depan computer untuk melakarkan program dan sebagainya…jadi bila masa terluang tu…saya layari laman web dan mencari keperluan untuk diri sendiri…biasanya ( lelaki lah katakana ) saya carik aksesori computer, emas dan perak, buku2x, barang2x terpakai dan banyak lagi lah…selain dari tu…biasanya kalau ada tawaran di internet harganya murah melampau dari kedai di luar sana. Ini yang menyebabkan saya tersangkut untuk berbelanja online.
Hmmmm mungkin anda baru cuba-cuba hendak berbelanja online kot? Jadi perasaan TAKUT kena tipu mesti ada kan? Takut maklumat peribadi di curi dan pelbagai perkara yang tidak di ingini berlaku kepada anda dan wang anda kan? Dan bagaimana pula cara pembayaran di laman web? Bagaimana pula masa penghantaran setelah membuat tempahan? Samalah macam saya dulu...dan menerusi pengalaman yang ada, akan saya kongsi kepada anda supaya anda boleh berbelanja dalam keadaan aman dan tenang.
Berikut akan saya kongsi apa yang terbaik untuk anda :
1) Kenal Pasti Keaslian / Kesahihan Penjual
Di internet sesiapa sahaja boleh mengaku diri sebagai Superman...yang lelaki boleh mengaku perempuan...yang miskin boleh mengaku kaya..penipu boleh mengaku menjadi peniaga..oleh demikian untuk hal berikut ada beberapa perkara yang anda perlu selidiki :
A) Periksa ”about us” atau sebarang info mengenai kedai online atau peniaga tersebut.

B) Kalau dia ada facebook layari dan periksa latar belakang dia.
C) Periksa jumlah jualan atau feedback dari pembeli.
D) Periksa juga lokasi perniagaannya, kalau Nigeria, Africa ( Mesti berhati2x )
E) Pastikan alamat perniagaannya wujud.
F) Jika berdaftar periksa nombor siri pendaftarannya.
2) Cara Pembayaran
Haaa ini adalah perkara waktu dulu saya sangat risau dan takut sekali, duit kita oi..takkan nak rugi kan? Peniaga online secara sebulat suara hendak menerima bayaran dahulu sebelum menghantar produk mereka...yelah peniaga yang asli juga tidak mahu di tipu oleh pembeli yang penipu kan? Ok ini apa yang saya dapat amati jenis pembayaran yang di tawarkan oleh peniaga online :
A) PayPal : apa tu? Dan boleh percaya ke?
Sila klik sini , saya ada tulis satu artikel khas untuknya.
B) Bank Transfer : pembayaran begini juga selamat kerana anda seorang sahaja yang melakukan pengiriman ini melalui ATM atau online banking, malah bank sekarang ini telah menyiapkan pelbagai ciri keselamatan dalam pengiriman wang..tambahan pula anda boleh menyimpan number akaun peniaga untuk rujukan jika kiranya ada penipuan anda boleh membuat laporan polis dan memberikan akaun bank tersebut.
C ) C.O.D : Cash On Delivery..iaitu membayar sewaktu penghantaran sama ada dalam bentuk wang kertas atau Dinar & Dirham, jarang sekali peniaga online menawarkan khidmat berikut, namun kalau ada boleh lah anda memilihnya juga.
3) Kos Penghantaran

Sebagai pembeli online anda perlu sedar bahawa yang menyebabkan barang menjadi mahal sedikit, atau sama harga dengan jualan di kedai adalah KOS PENGHANTARANNYA, namun buat saya...keselesaan itu yang menjadi utama, bayangkan saya hendak membeli CD dengan harga $17.90 di pasaran namun bila membeli online anda perlu membayar $24.90..ini adalah kerana ada kos penghantaran tambahan, kalau nak $17.90 juga anda pergilah sendiri ke kedai..tapi anda tetap kena ”belanja lebih” dalam : masa yang terluang – tambang pergi – tambang balik, bila di campur tolak...order online lebih berbaloi.
Namun saya tetap akan mencuba untuk mendapatkan diskaun bagi kos penghantaran tersebut, apa yang saya buat :
A) Menghubungi terus peniaga dan berbincang untuk minta diskaun.
B) Ada peniaga menawarkan satu harga penghantaran sebagai contoh untuk 1 hingga 5 barang harga penghantaran tetap sama...jadi...carilah member atau carilah barang lain yang boleh di satukan dalam kos tersebut.
4) Masa Penghantaran
Antara perkara penting dalam pembelian online ialah, anda perlu menerima kenyataan bahawa barang yang di tempah tidak akan datang sekelip mata selepas membuat pembayaran..ia memerlukan masa mengikut kepada jarak negara yang ditempah atau proses pengendalian pengiriman barang tersebut.
Saya pernah membeli PERAK secara online dari America, dan ia memakan masa lebih dari 3 minggu, saya pernah membeli barang dari China dan Hongkong ia memakan masa lebih kurang 2 minggu...jadi tidak hairanlah kalau barang tersebut memakan masa yang lama...yang penting sampai...kenapa saya yakin ianya sampai? Kerana peniaga yang asli akan menawarkan jenis penghantaran, sama ada secara biasa atau secara register, jika secara register peniaga akan memberikan ”tracking code” untuk anda memeriksa perjalanan produk tersebut, jika secara biasa ( dan lebih murah ), barang tersebut akan memakan masa lebih lama dan status barang tersebut tidak di ketahui ( ini kena banyak doa dan tawakkal ) dan kalau nasib baik peniaga ada menawarkan ganti rugi jika barang tidak sampai.