|
Islam adalah agama yang sempurna, sampai menabung pun amat dititik beratkan, banyak ayat dari Al-Quran dan juga Hadith Nabi ceritakan tentang perkar-perkara yang berkaitan dengan simpanan, ayat ini sering saya utarakan dalam bermacam artikel saya :
Surah Yusuf - 43. dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya Aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus, dan Aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau dan tujuh tangkai lagi Yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir, Terangkanlah kepadaKu tentang mimpiku ini, kalau kamu orang Yang pandai menafsirkan mimpi".
Surah Yusuf - 47. Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa Yang kamu ketam biarkanlah Dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian Yang kamu jadikan untuk makan.
Surah Yusuf - 48. kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun Yang besar, Yang akan menghabiskan makanan Yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
Surah Yusuf - 49. "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun Yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
Jelas bukan cerita AlQuran ni pasal kepentingan menyimpan sebelum datangnya sebarang kesusahan yang tidak disangka-sangka. Dalam masa yang sama bila anda mula menyimpan dan berjimat anda telah membuka peluang meningkatkan harta..aik ye ke? Dengan penjimatan anda tidak secara langsung sedang mengumpul modal untuk memulakan sebarang perniagaan yang kena gunakan duit dan berisiko rendah sebagai permulaan. Hanya dengan kebijaksanaan serta ilmu anda mampu menetapkan berapa peratus dari simpanan untuk dikembangkan seperti firman Allah dalam surah Yusuf ayat 48 : ”..kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).” benih di sini boleh juga dimaksudkan dengan modal.
Beberapa tips simpanan yang di kongsi bersama saya oleh abang abu adalah seperti berikut :
1. Pesan abang abu : Sediakan Tabung Cara saya : Ramai dah lupa nak siapkan tabung. Cuba lihat datuk nenek moyang kita, mereka bijak menyediakan tabung, ada dari buluh lah, plastic lah tin biskut pun jadi jugak tabung, kita pula ambil tak kisah dengan ”duit pecah” kita, bersepah-sepah, mentang-mentanglah 5 sen..buat tak nampak aja..eh ”eksen” pula tu..apa lagi kumpulkan semua ”duit pecah” anda kedalam tabung ini dan masukkan juga sebarang duit yang anda temui bersepah di bililk, ruang tamu, dalam kocek seluar dan dimana sahaja...tu semua duit tuuuuu...
2. Pesan abang abu : Minta potongan harga sewaktu membeli belah. Cara saya : Tebalkan muka anda dengan pulangan yang memuaskan lebih mulia dari malu yang tidak bertempat lepastu ”complain” tak sudah. Tips ini mengajak anda untuk minta ”diskaun” walau dalam apa pembelian sekalipun, kerana anda tidak akan tahu bahawa permohonan anda itu tercapai, pengalaman saya sendiri apabila membelikan emas untuk anak perempuan saya, di satu kedai ini diberikan harga sekian, maka saya minta diskaun tapi ditolak, lalu saya pi lah kedai lain, tengok-tengok dapat pula emas yang lebih kurang sama dengan kedai yang lokek tu, saya minta diskaun dan berbual ”manis” dengan tauke, tanpa di duga, saya mendapat diskaun dan ditambah pula dengan hadiah untuk anak saya dan duit lebihan jika dibandingkan dengan harga asal saya ”SIMPAAAAAAAAN”
3. Pesan abang abu : Berhenti dari membeli barangan secara bayaran ansuran. Cara saya : Mengikut dari pengalaman sendiri, tersebutlah kisah dikala saya hendak membeli sebuah laptop yang berharga $1600, ada sebuah syarikat eletrik menawarkan laptop itu dengan bayaran ansuran bulanan yang ”nampaknya sikit”…bulan demi bulan, tahun demi tahun akhirnya selesai..jika dikira semula jumlah keseluruhan pembayaran mencecah $2500..tidakkah lebihan dari jumlah asal itu namanya ”bunga” dan tidakkah ”bunga” itu namanya ”ribak” dan tidakkah ”ribak” itu HARAM? haiyooo tak secara langsung kita menyokong perkara tersebut walau kita yang menjadi mangsanya (geram nih geram nih)…
Untuk mendapatkan ilmu yang lebih mendalam dari Abang Abu dengan program yang sangat bermanfaat kepada seluruh muslimin dan muslimat sila klik di bawah :
Saya sering menekankan kepada semua teman, murid dan juga kenalan akan kepentingan menyimpan dalam bentuk LOGAM YANG BERHARGA, lebih khusus adalah SILVER atau PERAK...kerana Nabi Muhammad telah berpesan kepada kita 1400 tahun yang lalu : Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal Kenapa ianya begitu penting? kenapa kita mesti mengejar simpanan dalam bentuk sedemikian rupa? nak tahu? ada jawapannya..insya-allah saya akan berkongsi ilmu yang sangat kritikal masa ini kepada semua di program "Bootcamp Usahawan Kedai Kopi IM" di PERAK ( Malaysia ), saya di undang untuk menyampaikan ceramah dan informasi berkaitan dengan simpanan LOGAM BERHARGA.. Bagi yang berminat anda bukan sahaja mendapat ilmu tersebut bahkan anda juga mendapat ilmu bagaimana hendak mengumpul wang kertas terlebih dahulu sebelum menukar kepada LOGAM BERHARGA oleh 9 pakar ( termasuk saya ) mereka adalah : Nampak kan? kerja sahaja bukanlah solusi untuk mendapatkan wang untuk di simpan demi masa depan keluarga dan diri sendiri, sebenarnya ilmu lah kunci utama kepada sumber rezeki yang dijanjikan oleh Allah...jadi apa yang anda tunggu lagi? timba lah ilmu di dada untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga... * PS : Tahukah anda pada 14 September 2011 Anda akan mendapat : 5kg beras basmati grade 1, 1 mid size pediasure milk powder, 2kg gula, 400grm garam, 1000ml of pencuci pinggan mangkuk, 216grm serbuk kopi, 2 mid size sardine, 1 pack 30xhuggies dry pants, 1 set 3keping ayam KFC meal dengan hanya 1OZ SILVER COIN!
|